Majlis Sambutan Hari Raya & Jamuan Tahunan Gading Kencana Berlangsung Meriah
Gading Kencana baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya dan Jamuan Tahunan dalam suasana penuh meriah, ceria dan penuh ukhuwah. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga kerja, rakan niaga serta tetamu jemputan yang sentiasa memberi sokongan kepada syarikat.
Acara dimeriahkan dengan pelbagai juadah hari raya, sesi ramah mesra, hiburan, cabutan bertuah serta aktiviti santai yang mengeratkan hubungan sesama warga kerja dan para jemputan. Majlis ini juga menjadi platform untuk menghargai komitmen semua pihak yang telah bersama-sama menyumbang kepada kejayaan Gading Kencana.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis ini. Semoga silaturahim yang terjalin akan terus kukuh dan membawa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.