Gading Kencana terima Anugerah Emas MAESCO

Gading Kencana terima Anugerah Emas MAESCO

Gading Kencana terima Anugerah Emas MAESCO

bagi Kategori Inovasi dan Kemampuan oleh Persatuan Syarikat Perkhidmatan Tenaga Malaysia (MAESCO). Anugerah itu disampaikan sempena majlis makan malam jubli perak dan penyampaian anugerah kepada ahli-ahli yang cemerlang.

Anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir itu bertujuan mengiktiraf pelaksanaan projek yang berjaya oleh ahli MAESCO di bawah kategori anugerah yang dikenal pasti di samping menonjolkan sumbangan mereka dalam industri kecekapan tenaga dan kemampuan.

Selain itu, anugerah tersebut juga bertujuan mempamerkan ahli MAESCO yang berasaskan kreativiti, kemajuan teknologi dan nilai praktikal kepada pelanggan dan komuniti.

Pada masa sama ia bagi menghargai dan mempromosikan peranan untuk ahli dalam memacu agenda kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui dan kemampuan Malaysia yang selaras dengan dasar negara seperti Akta Pelan Halatuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga (EECA).

Pengarah Urusan Gading Kencana, Dato’ (Dr.) Ir. Guntor Tobeng berkata, anugerah itu adalah pengiktirafan kepada syarikatnya yang telah terlibat dalam industri peralihan tenaga terutama tenaga boleh baharu berasaskan solar sejak hampir 30 tahun.

Katanya, sebagai ahli MAESCO, anugerah itu akan menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memupuk penambahbaikan berterusan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan tenaga.

“Dengan adanya anugerah seperti ini ia juga akan membantu meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam menawarkan perkhidmatan tenaga seperti Gading Kencana.

“Ia juga mampu meningkatkan keterlibatan dan kredibiliti MAESCO sebagai persatuan industri terkemuka untuk ESCO di Malaysia di samping memperkukuhkan pengiktirafan oleh pelanggan, pengawal selia dan pihak berkepentingan,” katanya.

Solar Rakyat

Scroll to Top